Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Majlis Pelancaran Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak 2015Majlis Pelancaran Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak 2015

TEKS UCAPAN ALUAN

YB TAN SRI DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN ABDUL GHANI

SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

 

MAJLIS PELANCARAN SEMINAR KEPIMPINAN AKAR UMBI

PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015

 

24 Mac 2015 (Selasa) jam 8:00 pagi | Dewan Santapan, DUN, Petra Jaya



Saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat hadir bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Seminar Kepimpinan Akar Umbi pada pagi ini. 

 

Kita merasa amat bertuah dan berbangga kerana YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri dapat meluangkan masa untuk hadir bersama dan seterusnya melancarkan Seminar Kepimpinan Akar Umbi kali ini.

 

Kita juga mengalu-alukan kedatangan YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan berterima kasih atas kesudian YB Dato’ Seri  bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menjayakan majlis ini.

 

YAB Datuk Patinggi, Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

Seminar ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seminar ini merupakan siri pertama dan bakal menyusul siri-siri seterusnya yang meliputi kesemua 11 Bahagian di Sarawak. 

 

Seramai 685 orang peserta menghadiri siri pertama ini yang terdiri daripada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Bahagian Kuching.

 

Untuk Makluman YAB Ketua Menteri dan semua hadirin, setakat 20 Mac 2015 terdapat 565 Jawatan Ketua Masyarakat yang terdiri daripada :-

  • 37 jawatan Temenggong
  • 78 jawatan Pemanca
  • 450 jawatan Penghulu

 

Bagi jawatan Ketua Kaum, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebanyak 5,456 Jawatan Ketua Kaum (Pengerusi JKKK) di  Seluruh Negeri Sarawak. Namun masih terdapat kampung-kampung dan Rumah Panjang yang belum didaftarkan.

 

Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengemukakan sebanyak 531 jawatan baru bagi Ketua Kaum di seluruh Sarawak kepada Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah(KKLW) untuk pertimbangan. Pertambahan bilangan Ketua Kaum sejajar dengan pertambahan penduduk dan kawasan-kawasan penempatan yang baru.

 

 

YAB Datuk Patinggi, Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

Untuk seminar kali ini, sebanyak 5 topik yang dibentangkan untuk dikongsikan dengan para peserta iaitu:-

  1.     i.          Profil Kampung oleh Pegawai dari Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  2.    ii.          Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan Negara oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
  3.  iii.          Pembangunan Negeri Sarawak oleh Encik Buckland Bangik, Timbalan Pengarah Pengarah Unit Perancang Negeri, Jabatan Ketua Menteri;
  4.   iv.          Peranan Ketua Masyarakat Dalam Konteks Imigresen Di Sarawak oleh YBhg Datu Robert Lian, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia      Negeri Sarawak;
  5.    v.          Taklimat berkaitan dengan isu Pendaftaran Kelahiran/ Kad Pengenalan/ Sijil Mati oleh YBhg Datu Abu Bakar bin Mat, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara

 

Saya berharap dengan adanya seminar para peserta seminar dapat manfaat daripada kelima-lima topik agar mereka berupaya:

  1. Meningkatkan pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab sebagai Pemimpin di peringkat akar umbi.
  2. Menyampaikan maklumat yang diterima dengan tepat dan betul  kepada anakbiak atau penduduk setempat tentang Usaha-usaha pembangunan yang telah pihak Kerajaan lakukan. Sekaligus ianya menjadi “telinga dan mata” kepada Kerajaan.
  3. Memantapkan kemahiran Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dalam mengemaskini profil kampung masing-masing.

 

Sekali lagi saya merakam ucapan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sarawak kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini.  

 

Tidak lupa juga kepada para pembentang kertas kerja yang sudi menjayakan seminar pada kali ini. Kepada dif - dif jemputan, terima kasih kerana sudi hadir.

 

Kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung terhadap penganjuran majlis ini, tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih.

 

Kepada para peserta seminar, saya ucapkan selamat berseminar.

 

Sekian.