Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Perasmian Program Rural ICT Guided Home-Based Technoprenuer Community Healthcare Advancement Nurturing for Growth Ecosystem (RiGHT CHANGE) pada 10 Mei 2015 di Kampung Menek Sebangan, SimunjanPerasmian Program Rural ICT Guided Home-Based Technoprenuer Community Healthcare Advancement Nurturing for Growth Ecosystem (RiGHT CHANGE) pada 10 Mei 2015 di Kampung Menek Sebangan, Simunjan

Ucapan Oleh : YB Tan Sri Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri

Program: 

Perasmian Program Rural ICT Guided Home-Based Technoprenuer Community Healthcare Advancement Nurturing for Growth Ecosystem (RiGHT CHANGE)

Tarikh/Tempat: 10 Mei 2015 (Ahad) | Kampung Menek Sebangan, Simunjan


 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul di sini untuk bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Program Rural ICT Guided Home-Based Technoprenuer Community Healthcare Advancement Nurturing for Growth Ecosystem atau lebih di kenali sebagai RiGHT CHANGE.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya telah dimaklumkan bahawa Program RiGHT CHANGE merupakan sebuah program Corporate Social Responsibility (CSR) yang dianjurkan oleh pihak SAINS dan telah dijalankan semenjak tahun 2013 dan berterusan sehinggalah ke hari ini dengan kerjasama dari pelbagai pihak dan NGO-NGO lain.

Program ini juga merupakan salah satu daripada Key Focus Area (KFA) SAINS iaitu untuk mempromosikan penjagaan kesihatan penduduk luar bandar melalui intergrasi penggunaan peralatan perubatan dan penggunaan ICT.

Pada tahun 2013, program ini telah diadakan di kawasan Sebangan seperti di Kpg Sampat, Kpg Tungkah Melayu dan Rumah Prit.

Program ini juga telah diadakan di Pusat REDEEMS, Bau, Singgai dan di Kpg Bungey Debak pada tahun 2014.  Dan pada tahun 2015 pula, aktiviti RiGHT CHANGE akan diadakan di Maludam, Kpg Tambirat, Balingian dan Limbang.

Saya juga turut difahamkan bahawa, program RiGHT CHANGE ini turut melibatkan para alumni RiGHT yang telah dipilih dan dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala kepada penduduk kampong / pesakit yang telah dikenal pasti dengan menggunakan peralatan perubatan yang telah disediakan.

Pegawai tersebut kemudian akan merekodkan maklumat / data berkaitan pesakit ke dalam sistem Participant Monitoring Record Systems (PMRS) yang disediakan oleh pihak SAINS dan maklumat tersebut akan digunakan bagi tujuan rekod dan memantau keadaan pesakit.

Maklumat / data berkenaan seterusnya boleh di akses oleh para doktor panel yang berkenaan dengan menggunakan kemudahan SarawakNet.  Doktor kemudian akan membuat ujian / analisis terhadap maklumat / data pesakit dan selepas itu cadangan untuk rawatan susulan dapat ditentukan jika perlu.

Maklumat / data berkenaan dengan pesakit akan dianalisa dan keputusan ujian akan dimasukkan ke dalam sistem Rural Healthcare Monitoring System (RHMS)  oleh doktor dan jika terdapat keperluan untuk rawatan lanjut di klinik atau hospital, surat rujukan dapat di cetak dan dihantar secara langsung kepada pesakit.

Saya juga turut dimaklumkan bahawa buat masa ini, skop Program RiGHT CHANGE merangkumi 3 jenis penyakit kronik, iaitu: Penyakit Darah Tinggi or Hypertension; Penyakit Kencing Manis atau Diabetes; dan Masalah Kegemukan yang melampau atau Obesiti.

Saya berpendapat program seperti ini adalah sangat bermanfaat terutamanya kepada penduduk luar bandar kerana mereka tidak perlu berulang-alik ke bandar bagi membuat pemeriksaan kesihatan dan ini sekaligus dapat menjimatkan kos dan juga masa.

Selain itu, pesakit juga tidak lagi perlu menunggu untuk pihak doktor membuat pengesahan bagi laporan kesihatan yang telah dibuat oleh para pembantu perubatan di klinik-klinik desa.

Ini kerana, situasi sekarang ialah pembantu perubatan yang ada di klinik-klinik desa akan memeriksa keadaan pesakit dan membuat laporan dan perlu menunggu doktor untuk membuat pengesahan bagi laporan kesihatan tersebut.

Ini sekaligus dapat mengesan penyakit dengan lebih awal dan tindakan lanjut dapat diambil secepat mungkin dan seterusnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa pesakit.

Saya juga melihat program RiGHT CHANGE ini adalah selaras dengan penekanan yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan mampan untuk rakyat terutamanya kepada masyarakat luar bandar.

Selain itu, program ini juga turut melengkapkan usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya kepada masyarakat luar bandar .

Di samping itu, saya juga berpendapat bahawa pihak SAINS benar-benar memanfaatkan dan menggunakan sepenuhnya kemudahan SarawakNet, infrastruktur dan sistem penjagaan kesihatan yang telah sedia ada supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

Justeru itu, saya berharap agar program RiGHT CHANGE ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar lain yang ada di Sarawak kerana ia member banyak manfaat terutamanya kepada penduduk di luar bandar.

Saya juga ingin menyeru agar lebih ramai NGO dan pihak lain untuk turut serta bagi menjayakan dan meluaskan program RiGHT CHANGE ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan program sebegini tidak akan boleh dilaksanakan dengan jayanya.  

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanhirrahim saya merasmikan Program Rural ICT Guided Home-Based Technoprenuer Community Healthcare Advancement Nurturing for Growth Ecosystem bagi tahun 2015.

Sekian, terima kasih.