Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Teks Ucapan Aluan Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak 2015 pada 14 Mei 2015 di SibuTeks Ucapan Aluan Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak 2015 pada 14 Mei 2015 di Sibu

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

 YB TAN SRI DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN ABDUL GHANI

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

 SEMINAR KEPIMPINAN AKAR UMBI

PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015

(BAHAGIAN SIBU)

 

14 Mei 2015 (Khamis), jam 3:30ptg | Dewan Suarah Sibu

 

Terima kasih, saudari Pengacara Majlis

 

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem,        Ketua Menteri

 

YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah,

Menteri Muda Perumahan Sarawak dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar)

 

YB Menteri-Menteri Sarawak

 

YB Menteri-Menteri Muda

 

Ketua-Ketua Jabatan

 

Setiausaha-Setiausaha Politik

 

Ayahanda Temenggong, Pemanca, Penghulu dan Ketua Kaum

 

Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati

 

 

Bismillahhirrahmannirrahim

 

Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

 

Saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan  limpah kurnia-Nya, kita dapat hadir bersama-sama dalam Seminar Kepimpinan Akar Umbi Bahagian Sibu pada petang ini. 

 

Kita merasa amat bertuah dan berbangga kerana YAB Ketua Menteri dapat meluangkan masa untuk hadir bersama dan seterusnya menyampaikan Amanat beliau pada Seminar Kepimpinan Akar Umbi kali ini.

 

YAB Datuk Patinggi, Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

Seminar ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.  Seminar ini merupakan siri kedua selepas Majlis Pelancaran yang kita lakukan pada 24 Mac 2015 yang lalu di Kuching dan bakal menyusul siri-siri seterusnya yang meliputi kesemua Bahagian di Sarawak. Seramai 685 orang peserta telah menghadiri siri pertama dahulu yang terdiri daripada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Bahagian Kuching.

 

Kali ini, seramai 818 peserta yang terdiri daripada 313 orang KMKK Daerah Sibu, 235 KMKK dari Daerah Selangau dan 270 orang KMKK Daerah Kanowit.

 

Sebanyak 6 topik yang dibentangkan untuk dikongsikan dengan para peserta iaitu

  1.     i.          Kepimpinan Akar Umbi sebagai Rakan Cop - Kes-kes Jenayah dan Keselamatan Awam oleh pihak Polis DiRaja Malaysia
  2.    ii.          Profil Kampung oleh pihak Institut Kemajuan Desa (INFRA)
  3.  iii.          Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan Negara oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak.
  4.  iv.          Pembangunan Negeri Sarawak oleh Unit Perancangan Negeri.
  5.    v.          Peranan Ketua Masyarakat Dalam Konteks Imigresen Di Sarawak olehJabatan Imigresen Malaysia       
  6.  vi.          Taklimat berkaitan dengan isu Pendaftaran Kelahiran/ Kad Pengenalan/ Sijil Mati oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengalu-alukan dan mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pembentang kertas kerja. 

 

Untuk makluman YAB Ketua Menteri dan semua hadirin, Bilangan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Negeri Sarawak setakat 11 Mei 2015.

Setakat ini terdapat 565 jawatan Ketua Masyarakat yang terdiri daripada

  • 37 jawatan Temenggong
  • 78 jawatan Pemanca
  • 450 jawatan Penghulu

 

Bagi jawatan Ketua Kaum, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebanyak 5,456 jawatan Ketua Kaum (Pengerusi JKKK) di Seluruh Negeri Sarawak. Namun masih terdapat kampung-kampung dan Rumah Panjang yang belum didaftarkan.

 

Memandangkan Ketua Kaum adalah berperanan sebagai Pengerusi JKKK maka Kerajaan Negeri telah mengemukakan sebanyak 531 jawatan baru bagi Ketua Kaum/ Pengerusi JKKK di seluruh Sarawak kepada Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah untuk pertimbangan. Pertambahan bilangan Ketua Kaum sejajar dengan pertambahan penduduk dan kawasan-kawasan penempatan yang baru.

 

Untuk Bahagian Sibu, jumlah jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang ada sekarang ialah 3 jawatan Temenggong, 6 jawatan Pemanca, 47 jawatan Penghulu dan 838 jawatan Ketua Kaum.

  

Untuk Makluman YAB Ketua Menteri dan semua hadirin, bagi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang baru dilantik selain daripada kursus tentang profil kampong dan semua Ketua Masyarakat, mereka perlu menghadiri kursus yang;

1.         berkaitan dengan adat istiadat;

2.         Kursus “How to conduct hearing of cases” dan membuat keputusan yang dianjurkan oleh Mahkamah Bumiputera.  Ini adalah untuk Pelantikan baru sebelum disahkan dalam jawatan.

 

Kursus ini bertujuan agar mereka lebih arif dalam bidang adat istiadat dan asas perundangan apabila mengadili dalam Mahkamah Bumiputera di mana Ketua Masyarakat selaku Chief Superior Court dan Ketua Kaum adalah Chief Court.  

 

Untuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang telah dilantik, mereka akan dikehendaki menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

 

YAB Datuk Patinggi, Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sekali lagi saya merakam ucapan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sarawak kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini. Kepada dif-dif jemputan, terima kasih kerana sudi hadir. Kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung terhadap penganjuran majlis ini, tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih.

 

Kepada para peserta seminar, saya ucapkan selamat berseminar.

 

Sekian.

 

Wabilllahi Taufik Walhidayah, Assalamu’alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.