Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Ucapan Penutupan YB SUK di Majlis Penutupan Rasmi Kursus Sijil Profesional & Pengurusan Intervensi Krisis Tahap 1 Zon Sarawak 2015Ucapan Penutupan YB SUK di Majlis Penutupan Rasmi Kursus Sijil Profesional & Pengurusan Intervensi Krisis Tahap 1 Zon Sarawak 2015

DERAF UCAPAN PENUTUPAN

YB TAN SRI DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN ABDUL GHANI

SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

sempena

Majlis Penutupan Rasmi Kursus Sijil Profesional Pengurusan dan Intervensi Krisis Tahap 1 Zon Sarawak 2015

anjuran Seksyen Perkhidmatan Sokongan Pekerja, USMN

pada 08hb Oktober 2015 (Khamis), bertempat di Hotel Grand Magherita, Kuching

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

1.       Mukadimah

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth.

Salam sejahtera, dan salam satu pasukan.

 

Terima kasih Yang Berusaha Pengerusi Majlis,

 

 

  1. YBhg. Dato’ Dr. Abdul Halim Bin Mohd Hussin,

Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam

 

    ii.        Yang Berusaha Dr. Sabariah Putit,

Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri (USMN), Jabatan Ketua Menteri

 

   iii.        Yang Berusaha Encik Riziandy bin Nawawi,

Ketua Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pekerja,

Unit Sumber Manusia Negeri (USMN)

merangkap Pengerusi JK Kursus Sijil Profesional Pengurusan dan Intervensi Krisis Tahap 1 Zon Sarawak 2015.

 

 

2.            Penceramah jemputan (merupakan pakar dalam intervensi krisis),

 

   iv.        Encik Zaliridzal bin Zakaria,

Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);

 

    v.        Encik Mohd. Izzudin bin Mashkor,

Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam;

 

 

Pengenalan

 

3.         Alhamdullilah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana di atas limpah kurnia dan rahmatNya maka saya dan hadirin sekalian dapat bersama-sama hadir di sini pada pagi yang mulia ini.

 

4.         Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia di atas inisiatif dan Unit Sumber Manusia Negeri (USMN) atas usaha dan kerjasama menganjurkan Kursus Sijil Profesional Pengurusan dan Intervensi Krisis Tahap 1 Zon Sarawak Tahun 2015.

 

Community of Practice

 

5.         Saya dimaklumkan, bahawa seramai 38 orang peserta kursus ini adalah terdiri daripada ahli Panel Pengamal ataupun Community of Practice (CoP) Profesional Psikologi dan Kaunseling, yang datang daripada pelbagai latarbelakang seperti (a) jabatan/agensi kerajaan Persekutuan [PDRM, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Hospital & Negeri Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, dan JAIS] (b) Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (UNIMAS, UiTM, UPM dan Swinburne).

 

6.         Community of Practice (CoP) ataupun Panel Pengamal bukanlah sesuatu yang baru di dunia barat. Konsep yang diperkenalkan oleh Jean Lave dan Etienne Wenger sekitar tahun 1991 ini menekankan CoP sebagai ‘venue’ perkongsian minat serta ilmu di kalangan profesional dan pengamal bidang-bidang tertentu. Melalui CoP, para ahlinya dapat berkongsi ilmu pengetahuan, berbincang mengenai isu-isu terkini sekaligus memperkasakan keupayaan diri dalam bidang masing-masing.

 

Perkhidmatan Psikologi di PANS

 

7.         Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak melalui Unit Sumber Manusia telah mewujudkan sebuah bahagian baru iaitu Bahagian Sokongan Pekerja. Bahagian ini berperanan dalam melaksana pendekatan psikologi dan kaunseling dalam pengurusan sumber manusia Negeri. Memandangkan PANS masih kekurangan pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi dan kaunseling, maka strategi CoP diperluaskan bagi memantapkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di dalam PANS. Kerjasama strategik ini dilihat paling relevan untuk diadaptasi dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa pengurusan sumber manusia.

 

State Civil Service (SCS) 10-20

 

8.         Februari 2012 merupakan tarikh keramat kepada perkhidmatan awam Negeri Sarawak apabila Pelan Tindakan PANS 10-20 [SCS 10-20 Action Plan] diperkenalkan secara rasminya. Pelan tindakan tersebut memberi penekanan kepada lapan perkara (i) Managing Culture Change (ii) HR Talent Management (iii) Managing Customer Needs (iv) Innovation and Creativity (v) e-Government (vi) Project & Programme Delivery Excellence (vii) Financial Management Transformation dan (viii) Sarawak Excellent Administration of Legal Services (SEALS).

 

 

 

9.         Pelan sepuluh tahun ini dirangka untuk menentukan hala tuju proses transformasi PANS, dalam menuntut penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkualiti dan efisien. Kita menyahut saranan tersebut melalui inisiatif-inisiatif dalam sektor yang saya sebutkan tadi, sekaligus berusaha meningkatkan kecekapan dalam penyampaian selaras dengan cita-cita Sarawak untuk mencapai taraf Negeri Maju pada tahun 2030 pada masa yang sama berupaya menaiktaraf kualiti hidup rakyat negeri ini.

 

10.       Visi PANS adalah untuk menjadi “A World Class Civil Service” yang dicapai melalui misi “to provide excellent service delivery through high performance teamwork”. Bagi mendasari dan mengukuhkan transformasi yang ingin dilakukan enam nilai bersama (shared values) diperkenalkan, enam nilai tersebut ialah (i) integrity (ii) kind and caring (iii) professionalism (iv) sense of urgency and ownership (v) team spirit dan (vi) result-oriented.

 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian…

 

11.       Proses perubahan bukan sahaja menuntut pengorbanan [masa dan tenaga], bahkan juga kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak. CoP dilihat sebagai medan perkongsian kepada pegawai-pegawai kita yang kurang berpengalaman untuk (i) belajar, (ii) bertukar-tukar pendapat serta berkongsi kaedah penyelesaian bagi menangani isu kesejahteraan personel, motivasi dan sokongan psikologi penjawat awam PANS, di samping mewujudkan jaringan kerjasama dengan jabatan/agensi yang lebih berpengalaman dalam pelaksanaan psikologi kaunseling.

 

12.       Adalah diharapkan melalui CoP, dapat melahirkan ramai pegawai PANS  yang terlatih, seterusnya akan menambah bilangan kepakaran dalaman kepada Kerajaan Negeri bagi meneruskan usaha holistik ke arah pemantapan perkhidmatan awam negeri yang bertaraf dunia.

 

Impak daripada MCIT kepada PANS

 

13.       Oleh yang demikian demi hasrat tersebut, PANS tidak pernah berputus asa, berusaha ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatannya [service delivery] kepada pihak yang berkepentingan (stakeholder) atau rakyat Sarawak amnya. Oleh yang demikian, kursus seumpama ini dilihat sebagai salah satu platform untuk membantu merealisasikan hasrat tersebut daripada sudut well being dan sokongan kepada perkhidmatan awam negeri Sarawak.

 

14.       Saya berharap dan percaya bahawa hasrat penganjuran kursus ini dapat melahirkan ahli Malaysia Crisis Intervention Team (MCIT) yang memiliki teknik dan kemahiran asas dalam mengurus dan mengendalikan krisis trauma,serta mempunyai persediaan mental dan emosi yang mantap ketika berhadapan dengan krisis trauma dan bencana. Selain itu, ia juga dapat membantu daripada segi pengurusan krisis.

 

15.       Hal ini kerana, dalam framework Managing Culture Change PANS, Kerajaan Negeri Sarawak menggunakan aplikasi dan pendekatan psikologi dalam memacu dan quantum leap kepada ‘enculturisation’ dalam culture change six shared values. Kerangka kerja yang kita bangunkan ini juga meliputi peringkat individu, organisasi dan sehingga ke peringkat Negeri. Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan untuk menuju high performance team bagi menganjak pegawai dan organisasi ke paras berprestasi tinggi.

 

16.       Oleh yang demikian, adalah diharapkan para kaunselor dan pegawai psikologi yang ada pada hari ini dapat bersama-sama membantu perkhidmatan awam negeri Sarawak. Ini berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang ada untuk merealisasikan transformasi kerajaan negeri dalam SCS 10-20 menjadikan Sarawak Negeri Maju 2030.

 

Penutup

 

17.       Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dan kepada tuan-tuan dan puan-puan selaku ahli Panel Pengamal Profesional Psikologi dan Kaunseling yang terlibat dengan kursus hari ini. Saya berharap agar ilmu yang diperolehi dapat dipraktikan bagi membantu mereka yang memerlukan melalui penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan efisien dan bertaraf dunia.

 

Sekian, terima kasih.