Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Teks Ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri semasa Majlis Penyampaian Anugerah Konvesyen KIK & Sambutan Minggun Inovasi PANS 2015Teks Ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri semasa Majlis Penyampaian Anugerah Konvesyen KIK & Sambutan Minggun Inovasi PANS 2015

TEKS UCAPAN

 YB TAN SRI DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN ABDUL GHANI

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

 

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KONVESYEN

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

& SAMBUTAN MINGGU INOVASI PANS 2015

 23 Oktober 2015 (Jumaat), 8:00 mlm | BCCK, Kuching

Terima kasih saudara pengacara majlis,

 

YAB Dato' Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan Bin Haji Satem,

Ketua Menteri Sarawak serta Isteri,

YABhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Binti Haji Anu

 

YB. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang,

Timbalan  Ketua Menteri  Sarawak merangkap Menteri  Permodenan Pertanian  dan Menteri  Pembangunan Luar Bandar Sarawak

 

YBhg. Datuk Md. Yahya Haji Basimin,

Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak

 

YBhg. Datu Ose Murang,

Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak

 

YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha

Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak

 

YBhg. Datuk-Datuk, Ketua-Ketua Jabatan

 

Para Panel Penilai dan peserta Konvensyen KIK

 

Rakan Media

 

Tuan-tuan & Puan-puan sekalian

 

Bismillahirrahmanirrahim,

 

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera,

 

Salam 1Malaysia dan Salam Satu Inovasi.

 

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana atas izinNya jua dapat kita sama-sama meraikan Majlis Makan Malam Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2015 sempena Penyampaian Hadiah kepada Pemenang-pemenang Konvensyen KIK Peringkat Negeri bagi kali yang ke-6. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato' Patinggi Tan Sri (Dr.) Hj Adenan Hj Satem, Ketua Menteri Sarawak kerana dapat meluangkan masa untuk menyampaikan amanat dan anugerah Konvensyen KIK Peringkat Negeri Sarawak pada malam ini. Malam ini juga merupakan aktiviti kemuncak sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2015 yang bertemakan Amalkan Budaya Kreativiti dan Inovasi.

 

Yang Berhormat Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

               Inovasi juga telah menjadi asas kepada SCS 10-20. Bagi menjadikan Penjawat Perkhidmatan Awam yang bertaraf dunia, amalan kreativiti dan inovasi perlu dijadikan sebagai agenda utama. Penekanan kepada inovasi dan kreativiti akan memastikan perkhidmatan awam dapat melaksanakan value added secara berterusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

 

The SCS encourages innovations and creativity at the individual level through Sarawak Civil Services Innovation Idea (SCS-ii), at the work group level through Innovative Creative Circle (KIK), at the top management level through Key Focus Activity (KFA) and at inter agency level through High Performance Team (HPT). Inisiatif tersebut merupakan sebuah ekosistem yang menyeluruh dalam aspek pembudayaan kreativiti dan inovasi di perkhidmatan awam.

 

               Key Focus Activity ( KFAs ) merujuk kepada pembangunan, kajian semula dan penambahbaikan proses, prosedur dan sistem sedia ada dan pembangunan model baru dan penggubalan dasar baru. Pada tahun 2015 sebanyak sebanyak 85 tajuk KFA telah dijalankan. Semua tajuk ini adalah penambahbaikan proses demi melancarkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

 

               Tahun ini Kumpulan KIK sebanyak 85 Kumpulan KIK telah ditubuhkan yang dipertandingkan di tiga (3) wilayah iaitu PBT, Utara dan Selatan. During the ICC convention we received many observers in Malaysia from Sabah, Penang, Melaka, Perlis and also international observer from Papua New Guinea to benchmark the spirit of Innovation and Creative work culture in Sarawak Civil Service. Dan pada tahun ini juga Kumpulan KIK dari MBKS The Southern Thinkers telah dijemput untuk bertanding di Korea. Inovasi mereka, TUGALIZERS adalah revolusi kaedah pembajaan yang baru yang mampu memberi kemudahan kepada pengguna seperti petani, pekerja dan rakyat. Setiap penyertaan kita telah mendapat tempat dan anugerah cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak dipersada antarabangsa. Ini membuktikan bahawa amalan kita setanding dengan negara maju yang bertaraf dunia, iaitu “World Class”.


Sarawak Civil Service Innovative Ideas (SCS-ii) merupakan satu mekanisme yang membolehkan penjawat awam menyumbang idea-idea kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS). Objektif SCS-ii adalah mengumpul, menilai dan melaksana idea penjawat awam dalam penyampaian perkhidmatan. Now Everyone Can Give Idea.

 

Yang Berhormat Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

Penyertaan dan kehadiran semua ketua jabatan, peserta dan pemerhati pada sepanjang Konvensyen KIK Peringkat Negeri kali ini mencerminkan kepentingan inovasi sebagai punca kejayaan. Kerajaan telah memberikan penumpuan khas kepada inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan awam sebagai usaha menuju ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 

Dengan penganjuran konvensyen sebegini akan membolehkan para peserta berkongsi pengalaman, bertukar pendapat serta membentuk jaringan komuniti pengamal KIK selain bersaing memperkenalkan inovasi masing-masing.

 

Melalui penganjuran Kovensyen KIK ini juga, penjanaan idea-idea kreatif dapat digalakkan untuk memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan sedia ada. Malah pada masa ini Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) telah memantapkan eko-sistem inovasi dengan mempelbagaikan inisiatif yang membolehkan semua peringkat dalam organisasi mencetus idea kreatif menghasilkan inovasi.

 

Setelah lebih setengah dekat pelaksanaan KIK, dan pelbagai kejayaan yang telah ditempa oleh Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak maka tibalah masanya semua ketua jabatan menginstitusikan budaya inovasi dalam setiap organisasi masing-masing. Budaya inovasi ini telah terbukti membentuk budaya kerja secara berkumpulan berprestasi tinggi (HPT) dengan penghasilan output kerja yang cemerlang dalam memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

 

Bagi memastikan best practices ini berterusan maka Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri harus menerajui pembentukan Communities of Practices di kalangan pengamal-pengamal KIK supaya budaya ini dapat diperkukuhkan di setiap akar umbi agar setiap agenda kerajaan mudah diterjemahkan dan direalisasikan dengan efisyen.

 

Saya benar-benar optimis dengan kesepaduan semangat yang ditunjukkan Communities of Practices mampu mengangkat martabat dan keupayaan perkhidmatan awam negeri Sarawak menjadi ciri-ciri penjawat awam berkelas dunia.

 

Projek-projek yang memiliki nilai komersial hendaklah diberi perlindungan hak cipta. Perlindungan hak cipta kepada hasil inovasi yang diusahakan oleh warga jabatan dan agensi bukan sahaja dapat mengelak harta intelek ini dari dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab tetapi turut dapat meningkatkan nilai inovasi sesuatu produk. Semua pengamal KIK boleh merujuk kepada Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri untuk tujuan berkenaan. Beberapa inovasi hasil Kumpulan KIK juga telah dipatenkan satu daripadanya, iaitu Smart Peg dari Jabatan Tanah dan Survei sedang dalam proses perundingan untuk pembuatan oleh sebuah syarikat luar.

 

PENUTUP

Yang Berhormat Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

Inovasi Membawa Kecemerlangan Diri dan Organisasi. Secara umumnya, tema ini dapat memberi aspirasi untuk menjadikan warga perkhidmatan awam menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pembudayaan organisasi yang cemerlang.

           

Sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada kepimpinan kita, khasnya kepada YAB Dato' Patinggi Tan Sri (Dr.) Hj Adenan Hj Satem, Ketua Menteri Sarawak kerana sudi hadir pada malam ini dan menaruh keyakinan dan sokongan padu terhadap usaha kita untuk mentransformasikan perkhidmatan awam dan mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kita.

 

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan konvensyen ini terutamanya kepada Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri selaku pengelola konvensyen KIK ini. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat memastikan perkhidmatan awam terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan bagi membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik, sekaligus memastikan sumbangan Perkhidmatan Awam terus relevan dan diperlukan dalam memacu pembangunan negara.

 

Dan kepada mereka yang bertuah pada hari ini, saya ucapkan tahniah terlebih dahulu. Segala usaha gigih dan inovasi oleh setiap kumpulan yang mengambil bahagian dalam Konvensyen Zon 2015 ini adalah amat membanggakan dan patut diberi pujian.

 

Sekian, terima kasih.