Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Teks Ucapan Alu-Aluan sempena Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Rendah Dalam Perkhidmatan Awam Teks Ucapan Alu-Aluan sempena Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Rendah Dalam Perkhidmatan Awam

SALUTASI


KATA PENGHARGAAN

1.         Pertama-tama sekali, saya ingin memanjangkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, kita berpeluang berkumpul beramai-ramai untuk menghadiri taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – Pelaksanaan Dasar Pemisah (exit Policy) bagi Pegawai Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 – Kadar Kelayakan Kemudahan Cuti Rehat bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

2.         Saya turut mengucapkan setingi-tinggi terima kasih di atas kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dalam usaha untuk turun turun padang memberikan penerangan berkenaan dua pekeliling tadi disampaikan kepada warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

 

3.         Ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan taklimat ini dapat diadakan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri.

 

4.         Terima kasih juga kepada semua yang hadir.

 

Hadirin yang dihormati,

 

 

INISIATIF-INISIATIF DI BAWAH PELAN TRANSFORMASI SARAWAK

5.         Seiring dengan Program Transformasi Kerajaan nasional (GTP) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) telah memulakan perjalanan transformasi pada tahun 2010 dengan visi untuk menjadi “Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia” dan misi “Menyediakan Perkhidmatan Yang Cemerlang melalui Pasukan Berprestasi Tinggi”. Terdapat Enam (6) Teras Strategik PANS ada enam (6) iaitu Berorientasi Rakyat (Rakyat Oriented), Budaya Inovatif dan Kreatif (Innovative and Creative Work Culture), Tenaga Kerja Berbakat (Talented Workforce), Organisasi Cemerlang (Excellent Organization), Pasukan Berprestasi Tinggi (High Performance Team) dan  Fokus Pelanggan (Customer Focus). 

 

6.         Perjalanan ini adalah komitmen untuk mewujudkan PANS yang lebih cekap dalam penyampaian perkhidmatan dan menyokong usaha mentransformasikan Sarawak sejajar dengan hasrat pemimpin untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat keseluruhannya.

 

7.     Pelan Tindakan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2010-2020 (SCS 10-20 Action Plan) yang meliputi lapan (8) bidang kritikal bertujuan untuk melonjak proses transformasi telah diperkenalkan. Tujuh bidang tersebut adalah Mengurus Perubahan Budaya (Managing Culture Change), Pengurusan Bakat Sumber Manusia (HR Talent Management), Mengurus Keperluan Pelanggan (Managing Customer Needs), Inovasi dan Kreativiti (Innovation and Creativity), e-Kerajaan (e-Government), Kecemerlangan Pengurusan Projek dan Program (Project and Program Delivery Excellence), Transformasi Pengurusan Kewangan (Financial Management Transformation) serta Sarawak Excellent Administration Legal Service.

SIGNIFIKAN TAKLIMAT

8.         Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 adalah bertujuan untuk memaklumkan keputusan kerajaan berhubung Pelaksanaan Dasar Pemisah (exit Policy) bagi Pegawai Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam.

 

9.         Bagi memastikan Perkhidmatan Awam tidak terjejas, Kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan pegawai yang berprestasi rendah dari Perkhidmatan Awam, namun demikian tindakan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam ini diambil berdasarkan peruntukan perundangan yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Perkhidmatan Awam Negeri. Pegawai berprestasi rendah ditakrifkan sebagai markah laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) kurang daripada enam puluh peratus (60%).

 

10.       Berdasarkan rekod, sebanyak 0.0007 peratus penjawat awam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempunyai markah laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) kurang daripada enam puluh peratus (60%). Di antara inisiatif yang diambil oleh Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak selaras dengan dasar pemisah ini, ialah pemantauan terhadap penjawat awam yang berprestasi rendah, menjalankan sesi kaunseling, Program Warga Cemerlang dan Program Sokongan Pekerja (SCS – PSP) yang bertujuan membimbing pegawai yang menghadapi permasalahan dan cabaran dalam dunia pekerjaan untuk meningkatkan potensi diri menjadi pekerja yang cemerlang.

 

11.       Untuk merealisasikan misi PANS maka perkhidmatan yang cemerlang penting dalam usaha PANS menyediakan perkhidmatan yang melewati ekspektasi semua lapisan rakyat. Justeru itu, semua penjawat awam PANS harus komited.

 

12.       Komitmen dalam PANS bukan sekadar memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak menjejaskan perkhidmatan awam tetapi juga merangkumi pembudayaan Nilai Bersama PANS dalam setiap aspek kerja seharian. Nilai Bersama ini merujuk kepada Integriti (Integrity), Baik Hati dan Prihatin (Kind and Caring), Profesionalisme (Professionalism), Sikap Kesegeraan dan Semangat Kepunyaan (Sense of Urgency & Ownership), Semangat Berpasukan (Team Spirit) dan Berorientasikan Hasil (Result-Oriented). Setakat ini, pengamalan Nilai Bersama dikalangan penjawat awam PANS telah menunjukkan nilai positif. Ini berdasarkan Culture Rating Indek 2015 yang telah mencatatkan indeks purata lapan puluh dua peratus (82.00 %) bagi Jabatan Ketua Menteri, Kementerian dan Pejabat Residen dan Daerah.

 

13.       Setiap penjawat awam harus melihat dasar pemisah ini akan mengekalkan bakat dan modal Insan terbaik seperti pegawai yang komited dan berprestasi sejajar dengan usaha menyokong transformasi Perkhidmatan Awam ke arah yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan rakyat.

 

14.       Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak menyambut baik hasrat pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi Pegawai yang Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, namun demikian pelaksanaan dasar ini perlu mengambilkira keperluan dan kepentingan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak untuk sejajar dengan visi untuk menjadi “Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia .

 

15.       Walau bagaimanapun, pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 diselaraskan dan tertahluk kepada Perintah – Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri,1996 (Swk.L.N. 1/96), Kaedah – Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996 (Swk. L.N. 14/96), dan pekeliling perkhidmatan Negeri Sarawak yang berkaitan dan sedia ada.

 

PENUTUPAN

16.       Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada pihak Penganjur di atas usaha menjayakan taklimat ini dan terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada semua hadir hari ini.

 

17.       Kepada, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia saya mengucapkan setingi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Tan Sri hadir ke taklimat hari ini. Semoga taklimat tersebut memberikan ilmu pegetahuan untuk memastikan keputusan kerajaan berhubung dasar pemisah ini (exit policy) dapat dilaksanakan. In Sya Allah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.